Tinta Ketua Pengarang


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya Buletin KMK bilangan 1 tahun 2008 ini dapat dihasilkan. Penerbitan Buletin KMK ini merupakan yang pertama dalam sejarah 5 tahun penubuhan kolej. Ia merupakan manifestasi kepada kesungguhan dan ketekunan warga kerja KMK dalam merealisasikan hasrat untuk meninggikan imej kolej sekaligus menjana perubahan positif ke arah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. penceritaan tentang kejayaan dan pencapaian kolej haruslah dilihat dari sudut peningkatan motivasi dan pemupukan nilai cintakan kolej di kalangan warga kerja, banyak kejayaan berputik daripada samangat kerja berpasukan dan inovasi warganya. Pemaktuban warkah berupa buletin rasmi ini diharapkan dapat merakamkan dalam lipatan sejarah aktiviti-aktiviti penting KMK sepanjang sesi 2007/2008 selain dari menjadi wadah penyampaian maklumat untuk sebaran dalaman dan luaran. Artikel berbentuk ilmiah turut dimuatkan dalam buletin ini dengan harapan ia dapat mencambah serta menjana potensi dan kompetensi di kalangan warga KMK dalam melaksanakan amanah yang telah diberi.

Sekian, terima kasih.

%d bloggers like this: