Audit dalaman MS ISO 9001:2000

Pasukan Audit Dalaman MS ISO 9001:2000 telah mengada sesi Audit Dalaman selama 3 hari dari 8 hingga 10 April 2008. Seramai 16 orang ahlui pasukan Audit Dalaman bertauliah yang terdiri daripada pensyarah dan staf telah telah melaksanakan audit yang meliputi 8 skop perlaksanaan Program MS ISO 9001:2000 Kolej Matrikulasi Kedah.

Program Audit bermula dengan Mesyuarat Pembukaan di Dewan Bankuet yang dihadiri oleh semua pensyarah, staf dan agensi-agensi swasta yang memberi perkhidmatan di Kolej Matrikulasi Kedah. Setelah sesi audit berlangsung selama 3 hari. Mesyuarat Penutup pula telah dijalankan di mana Ketua Audit Dalaman, En Azmal Baharom telah menyampaikan rumusan audit.

Selaras dengan dasar kualiti KMK untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, sesi audit dalaman adalah perlu untuk memastikan semua sistem pengurusan dan perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

Rumusan audit

Advertisements

PENINGKATAN KUALITI PENYEDIAAN MAKANAN

Kursus Keselamatan Makanan dan Kebersihan dapur telah diadakan pada 27 September 2007 dengan melibatkan seramai 40 orang kakitangan kafeteria, 10 orang penyelia kolej kediaman dan ketua-ketua felo.

Program ini penting kerana dapat memupuk kesedaran di kalangan operator kafeteria tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih kepada pelajar, sejajar dengan matlamat kolej untuk menjadikan tahap kebersihan makanan selamat, berkualiti dan mencukupi di samping memastikan harga yang berpatutan.

Penceramah dari Jabatan Kesihatan daerah Kubang Pasu dijemput memberikan ceramah. Bagi slot agama pula, ceramah disampaikan oleh Ustazah Sharifah Noorul Hayati bt Habib Elias, pensyarah Unit Pendidikan Islam, KMK. Dalam ceramah tersebut, Ustazah Sharifah Noorul Hayati menekankan kepentingan makanan bersih dan halal dalam membetuk sahsiah muslim.

Penutupan program telah disempurnakan oleh Puan Sarifah Roa’aini bt Syed Abdul Malek, Pengarah KMK. Dalam ucapan penutupannya, beliau meminta semua pengusaha dan kakitangan supaya mengambil kira kebajikan pelajar dan tidak hanya mengutamakan keuntungan sema-mata. Puan Pengarah turut menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus.

Kursus Teknikal Dalaman mantapkan penganjuran KAKOM

Kolej Matrikulasi Kedah telah mengadakan Kursus Teknikal Dalaman KAKOM di Hotel Berjaya, Pulau Pinang dari 19 hingga 21 Julai 2007. Kursus ini melibatkan pegawai yang bertanggungjawab semasa kejohanan KAKOM yang berlangsung dari 11-16 Ogos 2007 dan bertujuan memberi pendedahan tentang tugas dan tanggungjawab pegawai teknikal semasa kejohanan diadakan.

Antara pengisian kursus ialah slot Pemantapan Diri dan Peningkatan Kemahiran mengikut jenis acara. Dengan seliaan koordinator berpengalaman, perbincangan menjurus kepada undang-undang, peraturan am, penyediaan borang skor, borang markah dan peralatan yang perlu disediakan.

Bagi sesetengah acara seperti kawat kaki dan kebudayaan yang memerlukan tahap pengetahuan dalam bidang yang kurang diketahui oleh pegawai-pegawai teknikal, pengadil-pengadil dari jabatan dan unit-unit tertentu telah dijemput untuk memberikan penerangan.

Peserta kursus