Majlis Pelancaran Buletin KMK

Majlis ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 16 Mei 2008 oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah. Syabas dah tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buletin yang pertama ini.

Gimik pelancaran Buletin KMK

Syabas! Atas pelancaran Buletin KMK Edisi 1

Persembahan khas dari pelajar untuk majlis pelancaran Buletin

Advertisements

BMKPM dan BSM KPM bersama di Jamuan Mesra Aidil Fitri KMK

Pada 23 Oktober 2007, bertempat di Dewan Bankuet Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) telah diadakan Jamuan Mesra Aidil Fitri anjuran majlis Kebajikan Pensyarah dan Kakitangan (MaKPak KMK). Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia (TSUB) KPM iaitu Tuan Haji Masbah bin Dato’ Mohd Taha, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Perjawatan dan Penaziran BSM, KPSU Kaunseling dan Keutuhan, Ketua Sektor BMKPM, pegawai-pegawai dari BSM dan barisan kaunselor dari semua Kolej-kolej Matrikulasi.

TSUB menyampaikan ceramah bertajuk “30 minit bersama TSUB”. Di dalam ceramahnya, beliau menekankan pentingnya meningkatkan budaya kerja cemerlang untuk menghadapi cabaran mendatang. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan pensyarah dan staf KMK semasa jamuan.

Bergambar kenangan bersama TSUB