Karnival Kokurikulum KAKOM 2008

Oleh: Abdul Ghani Abdullah

Pada 9-14 Ogos 2008, bertempat di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNs) telah berlangsung acara tahunan Karnival Kokurikulum Kolej-kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 46 orang pensyarah telah dilantik sebagai  pegawai kontigen KMK 2008 bagi mengiringi 157 orang peserta KMK.

Kontingen KMK bertolak ke KMNs pada jam 9.00 pagi dan tiba di sana  pada jam 7.00 malam. Kontigen KMK telah menginap di asrama KMNs.

Pada 9 Ogos semua kontingen dibenarkan menggunakan gelanggang untuk proses penyesuaian penggunaan gelanggang dan padang. Pertandingan KAKOM bermula pada 10 Ogos.  Semua peserta mula masuk gelanggang untuk bertarung merebut pingat-pingat yang disediakan.

Kontingen KMK  memulakan cabaran dengan memperolehi pingat emas pertama menerusi acara pidato Bahasa Melayu (lelaki). Seterusnya memperolehi pingat emas bagi acara bola keranjang perempuan, perak (tenis),  perak dan gangsa (pingpong), gangsa (bola jaring), perak  (bola tampar perempuan), perak dan gangsa (sepak takraw) dan kawat kaki ( tempat keempat),

KMK hanya menduduki tangga yang kelapan daripada sebelas pasukan yang bertanding dengan memperolehi pingat: Emas (2), Perak (4), Gangsa (8) dan Keempat (2)

Advertisements

Kem Motivasi Kontingen KAKOM 2008

Oleh: Abdul Ghani Abdullah
kem1

Bertempat di Kem Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM), satu aktiviti yang dinamakan Kem Motivasi Kontigen KAKOM 2008 telah diadakan pada 1 – 2 Ogos 2008. Seramai 46 orang pensyarah dan 157 peserta KAKOM telah menghadiri kem ini. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Rempuh Halangan, Jungle Tracking, Ceramah Motivasi,  berakit/berkayak dan berkhemah. Aktiviti-aktiviti  berkenaan dijalankan bertujuan untuk memberi ketahanan diri, mental dan motivasi kepada peserta-peserta KAKOM 2008.

Anugerah Kokurikulum

Penyampaian anugerah


Majlis Anugerah Kokurikulum Kolej Matrikulasi Kedah telah diadakan pada 11 Mac 2008 di Dewan Serbaguna, KMK. Anugerah ini diadakan khusus untuk mengiktiraf pencapaian dan menghargai penyertaan pelajar dalam pertandingan sukan anjuran kelab-kelab di bawah seliaan Unit Kokurikulum seperti Ping pong, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring dan Hoki.

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan dengan diiringi oleh Ketua Unit Kokurikulum. Sesungguhnya, pengiktirafan sebegini mampu menyemarakkan semangat dan keinginan pelajar untuk terus aktif dalam aktiviti kokurikulum di KMK.

BOLA JARING

Tarikh Pertandingan: 4-5 Mac 2008
Penganjur: Kelab Bola Jaring, KMK
Seliaan: Unit Kokurikulum

Piala Pengarah

Penyampaian Piala Pusingan oleh Pengarah KMK

Biro Sukan dan rekreasi JPP telah menganjurkan Kejohanan Bola sepak Piala Pengarah dari 29 Januari hingga 15 Februari 2008.

Kejohanan ini telah menarik penyertaan dari sebanyak 16 pasukan yang terdiri dari wakil kuliah, pensyarah dan staf. Pasukan yang menjadi juara pertandingan ialah pasukan kuliah F1 dari Jurusan Sains Fizikal.

Acara ini adalah merupakan antara acara sukan tahunan yang paling mendapat sambutan dari warga KMK. Ini terbukti dari ratusan penonton yang membanjiri Astaka untuk menyaksikan perlawanan pada setiap petang.