Teras PIPP dalam konteks KMK

MEMBINA dan memupuk modal insan agar menjadi benih generasi masa hadpan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seseorang kanak-kanak mesti melalui sistem pendidikan kebangsaan selama 11 tahun, setahun di matrikulasi, empat tahun di institusi pengajian tinggi dan akhirnya akan keluar ke alam pekerjaan sebaik tempoh pendidikan itu berakhir. Kanak-kanak ini akan berubah menjadi seorang dewasa yang bersedia menjadi tenaga kerja, warganegara dan pemimpin pelapis negara. Oleh yang demikian, PIPP dengan satu hasrat akan memastikan negara akan berjaya menghasilkan modal insan ini mengikut acuan yang terbaik. Sehubungan dengan itu, PIPP telah menggariskan enam teras strategik iaitu Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Profesion Perguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Melalui PIPP, semua jentera akan diperkemaskan pelaksanaannya untuk memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa.

Pihak Kolej Matrikulasi Kedah juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan teras yang berkait dengan Program Matrikulasi iaitu Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Isan, Memartabatkan Profesion Perguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Penerangan melalui e-mail telah diuruskan kepada semua staf. Malah pihak pengurusan juga telah menjalankan bengkel-bengkel berdasarkan teras-teras tersebut untuk dihayati oleh kakitangan. Ini ditambah dengan penyertaan pensyarah dan staf ke kursus-kursus anjuran BMPKM, KPM dan agensi-agensi lain dalam kerajaan.

Adalah menjadi tanggungjawab kolekif semua staf melalui jalinan kerjasama dengan pihak pengurusan kolej untuk memastikan apa yang dihasratkan oleh PIPP dapaty dilaksanakan sebaik mungkin. Melalui kerja berpasukan yang mantap dan perkongsian kemahiran antara staf yang sedia wujud di KMK, diharapkan misi ini akan menjadi kenyataan.

Kejayaan gemilang anak didik merupakan
manifestasi kejayaan perlaksanaan PIPP

%d bloggers like this: