Gambar PKAD


PKAD

Pandangan luar bangunan PKAD


Kaunter PKAD


Bahan-bahan suntingan


Ruang pameran/risalah


Ruang audio-visual


Ruang ‘shooting’


Pameran


Sudut pameran


Pandangan hadapan PKAD

Advertisements

Pusat Kecemerlangan Arkib & Dokumentasi Kolej Matrikulasi Kedah Menerajui Penerbitan Video Dokumentasi

Oleh: Azhan MS

Bagi memastikan budaya penggunaan teknologi pendidikan dan pengarkiban bahan pendidikan secara sistematik berkembang dan menyumbang terhadap hasrat Pendidikan Negara, Bahagian Matrikulasi kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Arkib & Dokumentasi (Documentation & Archive centre of Excellence – DiCE). Idea penubuhan pusat ini adalah cetusan daripada Prof Dato’ Dr Zainal Abidin b Ahmad, Pengarah bahagian Matrikulasi ketika beliau menyampaikan Syarahan Umum Perlantikan Profesor di Dewan Budaya, USM pada 11 Januari 2007.

Objektif utama penuhan DiCE adalah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti penerbitan video dalam bidang pendidikan dan pengarkiban bahan-bahan penting program Matrikulasi KPM. Selain dari itu, DiCE juga berperanan menyebarluas kaedah inovatif berasaskan teknologi digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran; menjadi pusat sumber rujukan untuk peningkatan kemahiran; dan pengetahuan profesional berkaitan teknologi digital.

Sesuai dengan peranan BMKPM sebagai penjana terunggul pelajar bumiputera ke IPTA dan IPTS, pusat ini akan menjadi penanda aras kepada kerja-kerja pendokumentasian bermutu tinggi dan pengarkiban sistematik bahan-bahan bersejarah Program Matrikulasi. bagi merealisasikan DiCE, Bahagian Matrikulasi telah memberi peruntukan khusus kepada Kolej Matrikulasi Kedah.

Sehingga Januari 2007, DiCE telah berjaya menerbitkan lebih dari 20 judul video bahan bantuan mengajar dan penerbitan video aktiviti-aktiviti di kolej dan Bahagian Matrikulasi.


Minat dan kesungguhan staf disokong peralatan yang sesuai
akan dapat menjamin pencapaian objektif DiCE

Gambar PKAD

Kedah theatre festival

Teras PIPP dalam konteks KMK

MEMBINA dan memupuk modal insan agar menjadi benih generasi masa hadpan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seseorang kanak-kanak mesti melalui sistem pendidikan kebangsaan selama 11 tahun, setahun di matrikulasi, empat tahun di institusi pengajian tinggi dan akhirnya akan keluar ke alam pekerjaan sebaik tempoh pendidikan itu berakhir. Kanak-kanak ini akan berubah menjadi seorang dewasa yang bersedia menjadi tenaga kerja, warganegara dan pemimpin pelapis negara. Oleh yang demikian, PIPP dengan satu hasrat akan memastikan negara akan berjaya menghasilkan modal insan ini mengikut acuan yang terbaik. Sehubungan dengan itu, PIPP telah menggariskan enam teras strategik iaitu Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Profesion Perguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Melalui PIPP, semua jentera akan diperkemaskan pelaksanaannya untuk memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa.

Pihak Kolej Matrikulasi Kedah juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan teras yang berkait dengan Program Matrikulasi iaitu Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Isan, Memartabatkan Profesion Perguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Penerangan melalui e-mail telah diuruskan kepada semua staf. Malah pihak pengurusan juga telah menjalankan bengkel-bengkel berdasarkan teras-teras tersebut untuk dihayati oleh kakitangan. Ini ditambah dengan penyertaan pensyarah dan staf ke kursus-kursus anjuran BMPKM, KPM dan agensi-agensi lain dalam kerajaan.

Adalah menjadi tanggungjawab kolekif semua staf melalui jalinan kerjasama dengan pihak pengurusan kolej untuk memastikan apa yang dihasratkan oleh PIPP dapaty dilaksanakan sebaik mungkin. Melalui kerja berpasukan yang mantap dan perkongsian kemahiran antara staf yang sedia wujud di KMK, diharapkan misi ini akan menjadi kenyataan.

Kejayaan gemilang anak didik merupakan
manifestasi kejayaan perlaksanaan PIPP