Empat kolej matrikulasi baru dibina

Oleh Syuhada Choo Abdullah

KUALA LUMPUR: Empat kolej matrikulasi baru dengan kapasiti pelajar 12,000 pelajar akan dibina bagi peluang kemasukan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata kolej baru yang masing-masing boleh menampung pengambilan 3,000 pelajar, akan dibina di Terengganu, Kelantan, Selangor dan Sabah.

Katanya, kolej di Terengganu, Kelantan dan Selangor sedang dalam proses pembinaan serta dijangka siap menjelang 2010 atau 2011, manakala projek di Sabah pula sudah selesai peringkat lawatan tapak.

Beliau berkata, pembinaan kolej baru selaras peningkatan permohonan kemasukan setiap tahun dalam Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran yang dikenal pasti antara pilihan utama lulusan cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran.

“Kualiti calon memohon juga meningkat dengan rata-ratanya berpencapaian cemerlang, malah ramai daripada mereka adalah lulusan terbaik SPM peringkat kebangsaan.

“Permohonan kemasukan calon bukan Bumiputera juga meningkat dengan drastik sehingga mencecah 20,000 calon sedangkan hanya 2,000 tempat ditawarkan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan lebih 100,000 permohonan diterima, termasuk daripada kira-kira 60,000 calon yang memenuhi syarat kelayakan, bagi memenuhi 26,000 tempat kemasukan ditawarkan pada sesi akademik 2008/2009.

Sumber: Berita Harian (7 Ogos 2008)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: