PENINGKATAN KUALITI PENYEDIAAN MAKANAN

Kursus Keselamatan Makanan dan Kebersihan dapur telah diadakan pada 27 September 2007 dengan melibatkan seramai 40 orang kakitangan kafeteria, 10 orang penyelia kolej kediaman dan ketua-ketua felo.

Program ini penting kerana dapat memupuk kesedaran di kalangan operator kafeteria tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih kepada pelajar, sejajar dengan matlamat kolej untuk menjadikan tahap kebersihan makanan selamat, berkualiti dan mencukupi di samping memastikan harga yang berpatutan.

Penceramah dari Jabatan Kesihatan daerah Kubang Pasu dijemput memberikan ceramah. Bagi slot agama pula, ceramah disampaikan oleh Ustazah Sharifah Noorul Hayati bt Habib Elias, pensyarah Unit Pendidikan Islam, KMK. Dalam ceramah tersebut, Ustazah Sharifah Noorul Hayati menekankan kepentingan makanan bersih dan halal dalam membetuk sahsiah muslim.

Penutupan program telah disempurnakan oleh Puan Sarifah Roa’aini bt Syed Abdul Malek, Pengarah KMK. Dalam ucapan penutupannya, beliau meminta semua pengusaha dan kakitangan supaya mengambil kira kebajikan pelajar dan tidak hanya mengutamakan keuntungan sema-mata. Puan Pengarah turut menyampaikan sijil kepada semua peserta kursus.

%d bloggers like this: