Jejak WARTAWAN

Program Jejak Wartawan 1957 ialah sebuah program Kementerian Pelajaran Malaysia yang diuruskan pelaksanaannya oleh Bahagian Matrikulasi. Program yang menggunapakai konsep PBL (Pembelajaran Berasaskan Projek) ini mewajibkan peserta untuk mendalami topik-topik berkaitan kemerdekaan negara melalui pendekatan bersistematik dan berfokus.

Di peringkat Daerah Kubang pasu, pelaksanaannya telah berjalan pada 6 September 2007 dan diurusetiakan oleh Kolej Matrikulasi kedah. Sebanyak 5 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian. ADUN Bukit Kayu Hitam, Dato’ Khalidah Adibah bt Ayob telah merasmikan pertandingan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Daripada 5 buah sekolah yang bertanding, SMK Changlun telah berjaya muncul sebagai juara dengan pesembahan mereka tentang tokoh-tokoh tempatan yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

ADUN Bukit Kayu Hitam melihat pameran
hasil kerja peserta

%d bloggers like this: