Minggu Kerjaya

PAMERAN Pendidikan dan Kerjaya 2007 telah berlangsung dari 27 hingga 30 Ogos 2007 di Pusat Sumber, Kolej Matrikulasi Kedah. Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) Kolej Matrikulasi kedah mengambil inisiatif mengadakan program ini untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat sebanyak mungkin sebelum membuat pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi (IPT).

Sebanyak 16 IPT awam dan 2 IPT swasta telah menyertai pameran IPT di pusat sumber. Di samping itu, beberapa taklimat berfokus mengenai prospek pengajian juga diadakan oleh beberapa IPT.

Pihak UKK juga mengadakan Ujian Kerjaya untuk mengukur tahap kesediaan pelajar dan sejauh mana mereka boleh membuat pemilihan kerjaya yang tepat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah KMK, Pn Hjh Sarifah Roa’aini bt Syed Abdul Malik pada 28 Ogos 2007 di tapak pameran.

Pameran Kerjaya

%d bloggers like this: