Berita

Pelajar matrikulasi terus cemerlang

PENCAPAIAN pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun Kementerian Pelajaran terus cemerlang apabila memperoleh 94.7 peratus, meningkat 0.8 berbanding 93.9 pada semester sebelumnya, daripada keseluruhan 21,877 calon yang menduduki peperiksaan semester satu 2008/2009.

Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata 898 calon atau 4.1 peratus memperoleh status lulus bersyarat apabila mendapat purata nilai gred semester (PNGS) antara 1.50 hingga 1.99, manakala 265 atau 1.2 peratus lagi gagal dengan PNGS kurang 1.50.

Baca selanjutnya…

Matrikulasi tidak akan dimansuhkan – Najib

PEKAN 1 Nov. – Kerajaan tidak berhasrat sama sekali untuk memansuhkan program matrikulasi yang berjaya mengimbangi bilangan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejak program itu diperkenalkan 10 tahun lalu, ia berjaya merapatkan jurang kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kalangan bumiputera dan bukan bumiputera di IPTA.

Baca selanjutnya…

Program matrikulasi kekal

PEKAN: Program matrikulasi tidak akan dimansuhkan walaupun pihak tertentu pernah mencadangkan kerajaan meneliti semula pelaksanaannya sebagai satu cara menyalurkan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak yang mengeluarkan cadangan itu berpendapat program matrikulasi perlu dimansuhkan dan hanya satu saluran digunakan untuk semua pelajar ke IPTA.

Baca selanjutnya…

Pusat Kecemerlangan Arkib & Dokumentasi Kolej Matrikulasi Kedah Menerajui Penerbitan Video Dokumentasi

Bagi memastikan budaya penggunaan teknologi pendidikan dan pengarkiban bahan pendidikan secara sistematik berkembang dan menyumbang terhadap hasrat pendidikan negara, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Arkib & Dokumentasi (Documentation & Archive centre of Excellence – DiCE).

Baca selanjutnya…