MAYANG dekati pelajar luar bandar di SK Langgar

Program MAYANG (Masih Ada Yang Sayang) 2008 telah berlangsung dari 29 Feb-1 Mac 2008 di sekolah Kebangsaan Langgar, Langgar, Kedah. Program murni ini bertujuan untuk memberi motivasi terhadap pelajar-pelajar Tahun 6 sekolah berkenaan yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini.

Program berbentuk khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Kerjaya KMK ini melibatkan seramai 20 [...]

Pelajar KMK sertai MBM 2007

Seramai 20 orang pelajar KMK telah terpilih menyertai Program Matrikulasi Bersama Masyarakat peringkat kebangsaan di parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Program yang dianjurkan bersama kerajaan negeri Pulau Pinang ini telah disempurnakan pelancarannya oleh tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman b Abbas pada 10 November 2007 di dewan Milenium, Kepala Batas.
[...]