Matrikulasi KPM pilihan popular

Oleh: Khairina Yasin

Program matrikulasi tawar jurusan sains, perakaunan

Biarpun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) belum lagi bermula, calon seharusnya sudah mendapatkan pelbagai maklumat untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Terdapat banyak pilihan yang boleh dijadikan panduan oleh calon untuk merancang masa depan mereka.

Antara pilihan untuk lulusan SPM ialah program Matrikulasi yang ditawarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program itu memberi pilihan kepada pelajar samada mengikuti pengajian dua tahun atau setahun.

Program Matrikulasi KPM adalah program persediaan atau prauniversiti bagi lulusan SPM sebelum mereka layak mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti tempatan dan luar negara.

Tempoh perjanjian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester bagi Program Satu Tahun (PST) manakala Program Dua Tahun (PDT), empat semester dengan kandungan kurikulum yang seimbang merangkumi aspek akademik dan kokurikulum.

Bagi PST, dua jurusan ditawarkan iaitu jurusan Sains (Sains Hayat dan Sains Fizikal) dan jurusan Perakaunan. Manakala dua modul iaitu Modul 1 (Matematik, Kimia, Fizik, Biologi dan Bahasa Inggeris) dan Modul II (Matematik, Kimia, Fizik, Sains Komputer dan Bahasa Inggeris) ditawarkan kepada pelajar PDT.

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti jurusan Sains ialah lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu subjek Sains, sama ada Fizik atau Biologi.

Jurusan Perakaunan pula mensyaratkan pelajar perlu lulus dengan kredit Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan serta mana-mana dua subjek, iaitu Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi termasuk subjek-subjek teknikal.

Pemilihan calon samada memasuki program setahun atau dua tahun adalah berdasarkan merit keputusan peperiksaan SPM mereka. Calon cemerlang akan ditawarkan mengikuti program setahun termasuk 10 peratus bagi pelajar bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, pelajar yang tidak terpilih bagi PST berpeluang untuk ditawarkan PDT jika memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bagi pelajar yang ditawarkan PST, mereka dibenarkan membuat pilihan memasuki program dua tahun sekiranya mahu sebelum sesi pengajian bermula. Sebaliknya, calon yang memperoleh tawaran memasuki program dua tahun tidak boleh bertukar kepada program setahun. Penekanan itu bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepimpinan yang tinggi.
Program Matrikulasi popular dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Bumiputera kerana mempunyai pilihan mengikuti ijazah pertama bukan saja di universiti dalam negara malah di universiti swasta dan luar negara.

Syarat Kelayakan minimum

 Jususan Sains – lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia, 4B Matematik dan 6C dalam salah satu subjek sains, samada Fizik atau Biologi.

 Jurusan Perakaunan – lulus SPM dengan pencapaian 6C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, 7D Matematik Tambahan serta 6C mana-mana dua subjek, iaitu Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi termasuk subjek-subjek teknikal.

 Pemilihan calon samada memasuki program setahun atau dua tahun adalah berdasarkan merit keputusan peperiksaan SPM mereka.

 Untuk pengiraan merit, keputusan dalam empat subjek termasuk Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau Biologi akan diambil kira.

 Calon cemerlang akan ditawarkan mengikuti program setahun termasuk 10 peratus bagi pelajar bukan Bumiputera.

Sumber: Berita Harian (24 – 30 Oktober 2007)

4 Respons

  1. ini keputusan saya
    matmod A1
    sej A1
    p.islam A1
    bm A2
    bi A2
    tswur A2
    p.akaun A2
    EST B3
    kim C5
    bio C5
    fiz D7
    +math E8

    dengan keputusan macam ni boleh ke saya dapat masuk matrik p.akaunan

    Admin: Jurusan Perakaunan memerlukan kredit dalam Matematik.

  2. bleh ke saya matrik dlm jurusan sains fizikal dgn keputusan ini…
    bm-2A
    bi-4B
    sej-2A
    pislam-2A
    math-1A
    add math-5C
    fiz-8E
    kim-5C
    bio-5C
    est-6C

  3. mcm na bleh ke dgn result cam 2 nak msuk matrik???

  4. saya lak terkial2 nak amik kos science
    tapi saya mane ade beljar jurusan sains tulen…
    ni result saya>>>///?/
    BM-B4
    BI-B3
    ADD MAT-A2
    SN-A1
    SJ-A1
    BAT-A1
    PQS-A1
    SI-A1
    MATH-A1
    P.AKAUN-A1

    akaun pening arr….banyak fakta dari kira2…
    add mat lagi senang dari akaun…nn science

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: